: WONDERFULW: Hargai & Bersyukurlah! }

Wednesday, 8 October 2014

Hargai & Bersyukurlah!

Murid : Cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik? sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu : Baiklah... kamu buat apa yang saya suruh. Awak pergi jalan di padang, jalan atas padang tu sambil lihat rumput - rumput di depan awak. Kemudian, pilih yang paling cantik! Jangan seseklai awak toleh ke belakang semula setelah awak melangkah ke depan... PILIH YANG PALING CANTIK dan bawa rumput tersebut ke kelas.

Namun, apabila murid tersebut kembali ke kelas tiada satu rumput pun yang dibawanya bersama.

Cikgu : Kenapa awak tak ambil rumput? kan ada banyak rumput di padang tu?

Murid : Masa saya berjalan tadi... memang banyak rumput yang cantik... tapi... cikgu kata dekat saya ambil yang PALING CANTIK TANPA MENOLEH KE BELAKANG! Mula- mula tu memang saya dah nak ambil rumput yang cantik tu, tapi ada lagi yang paling cantik di depan, jadi saya hanya meneruskan perjalanan saya tanpa mengambil rumput tersebut... akhirnya sampai di hujung padang saya terus tidak jumpa rumput yang paling cantik sebab cikgu kata berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang... 

Cikgu : Ya, itulah sebenarnya jawapan yang awak cari... MAKNANYA... APABILA JUMPA ORANG YANG KITA SAYANG, HARGAILAH MEREKA YANG DI DEPAN KITA... JANGAN KITA SIBUK-SIBUK MENCARI YANG LEBIH DARI ITU... DAN INGATLAH ORANG YANG PALING KITA SAYANG ITULAH PALING BAIK DAN PALING CANTIK , WALAUPUN ADA YANG LEBIH BAIK DARIPADA ITU NAMUN ITULAH YANG TERBAIK UNTUK AWAK...

No comments :

Post a Comment