: WONDERFULW: September 2014 }

Sunday 28 September 2014

Think Positive!


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital…

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan… dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya…

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak… “Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang…? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni …? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke…? 

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
 “Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu… dan sekarang, saya harap anda bertenang… jadi, saya dapat buat kerja saya…”
“Bertenang kamu kata…?! Kalau anak kamu berada dalam bilik sekarang ni, bolehkah kamu bertenang…? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat…? Kata si ayah dengan marah.

Si doktor tersenyum lagi dan berkata:
 “ Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitabNya yang suci,” daripada Allah kita datang dan daripada Allah jualah kita dikembalikan”… doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang… In Shaa Allah kami akan bantu dengan melakukan yang terbaik untuk anak kamu…”

“Memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang…! Gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam… tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira…
“Alhamdulillah anak anda selamat…!” dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.
“Kalau ada sebarang soalan… kamu boleh tanya jururawat…”

“Kenapa doktor tu sombong sangat…?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya….?! Komen si ayah selepas melihat jururawat…

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya:
“Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya… dia berada di upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik… dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya…”

`Ibrah: 

© Never judge anyone…. Because you never know their life is & what they are going through ©

Kata-kata Hikmah Imam As-Syafie


©       “Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.”
 
©       “Jika ada seseorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya.”
 
©       “Bila kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

©       “Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.”

©       “Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.”

©       “Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah.”

©       “Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.”

©       “Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.”

©       “Doa di saat tahajud adalah umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran.”

©       “Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga kan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”

©       “Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.”

©       “Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

©       “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai, ia sebenarnya menghinamu.”

©       “Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”

©       “Bumi Allah amatlah luas, namun suatu saat sudah datang angkasapun menjadi sempit.”