: WONDERFULW: Think Positive! }

Sunday 28 September 2014

Think Positive!


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital…

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan… dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya…

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak… “Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang…? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni …? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke…? 

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
 “Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu… dan sekarang, saya harap anda bertenang… jadi, saya dapat buat kerja saya…”
“Bertenang kamu kata…?! Kalau anak kamu berada dalam bilik sekarang ni, bolehkah kamu bertenang…? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat…? Kata si ayah dengan marah.

Si doktor tersenyum lagi dan berkata:
 “ Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitabNya yang suci,” daripada Allah kita datang dan daripada Allah jualah kita dikembalikan”… doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang… In Shaa Allah kami akan bantu dengan melakukan yang terbaik untuk anak kamu…”

“Memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang…! Gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam… tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira…
“Alhamdulillah anak anda selamat…!” dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.
“Kalau ada sebarang soalan… kamu boleh tanya jururawat…”

“Kenapa doktor tu sombong sangat…?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya….?! Komen si ayah selepas melihat jururawat…

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya:
“Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya… dia berada di upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik… dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya…”

`Ibrah: 

© Never judge anyone…. Because you never know their life is & what they are going through ©

No comments :

Post a Comment